Program mission trip telah memberikan seribu makna kepada para missionaris

Pensiangan, Sabah: Pada 4 hingga 10 Disember yang lalu. Diosis Melaka-Johor dengan kerjasama ahli CF FIRE dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), Johor Bahru telah melaksanakan program mission trip yang diketuai oleh Daryl Tan dan Hemeliza Lasayung. Selain daripada Campus Ministry Officer MJD iaitu Daryl, seramai 8 orang telah menyertai mission trip itu: lima orang dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor, seorang dari KSKB Johor, seorang guru sekolah dan Campus Ministry Officer bagi Diosis Keningau, iaitu Roney Eming.

Program mission trip ini merupakan program yang kedua kalinya dijalankan oleh IPGKTI. Pertama kali ianya telah dijalankan di Kota Belud, Sabah. Program mission trip kali ini jauh bezanya kerana para missionaris telah menyahut cabaran untuk pergi ke Pensiangan di mana ia terletak di bahagian pedalaman Sabah dan di tempat itu tidak mendapat rangkaian telefon dan elektrik namun para missionaris mengakui bahawa setibanya mereka di sana, keadaan di sana tidaklah seperti yang dibayangkan. Mission trip ini telah membawa seribu erti kepada mereka kerana banyak pengalaman dan ilmu yang baru mereka dapatkan sepanjang satu minggu program ini dijalankan.

Pensiangan mission trip activity Antara pelbagai aktiviti yang telah lakukan oleh para missionaris ialah aktiviti suai kenal dengan penduduk kampung yang terdiri daripada kanak-kanak, belia dan ibu bapa, memberikan motivasi kepada para penduduk untuk menyedarkan mereka betapa istimewanya mereka dengan membawa tema “I AM SPECIAL” , mengongsikan pengetahuan tentang kelahiran Yesus ke dunia dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti ini amat sesuai kerana ia telah memberikan kesan yang positif kepada penduduk kampung di sana. Selain itu, para missionaris juga telah membantu dalam mencangkul dan meratakan tanah untuk memudahkan pembinaan tadika di tempat itu.

Pernah sekali seorang missionaris bertanyakan kepada salah seorang belia. Katanya “Apakah perkara atau benda yang kamu rasa kurang di tempat ini“.

Namun, belia itu menjawab “Bolehkah kalau saya jawab tiada yang kurang kerana kami merasa semuanya lengkap dan tiada yang kurang”. Jawapan belia ini telah membuat para missionaris tergaman dan tersebak kerana mereka menganggap belia itu akan menjawab terdapat kekurangan di tempat mereka. Hal ini dapat disimpulkan bahawa penduduk kampung di sana sentiasa mensyukuri dan menghargai segala sesuatu walaupun mereka tinggal di kawasan pedalaman dan ia telah menyedarkan para missionaris tentang banyak perkara.

Pensiangan mission trip activity Selain daripada itu, secara tidak langsung, mission trip ini juga dapat memberi pendedahan awal kepada para missionaris yang terdiri daripada bakal guru dan bakal jururawat sekiranya mereka telah dihantar ke kawasan pedalaman semasa mereka mula bekerja nanti.

Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang secara langsung mahupun tidak langsung yang telah memberi sumbangan, sokongan dan bantuan kepada kami sehingga program mission trip ini telah berjalan dengan lancar. Akhir sekali, program mission trip seperti ini seharusnya diteruskan lagi di masa akan datang dan berharap belia di luar sana juga dapat merancang untuk menjalankan aktiviti seperti ini kerana ia pasti akan mendapat suatu dan berkat yang baru. Keluarlah dari keselesaan anda maka kamu akan mendapat sesuatu yang tidak akan kamu kesali.