Bahasa Malaysia Apostolate (BMA) telah lama wujud di Diosis Melaka-Johor ini. Para Sister dari Kongregasi Sarawak - Sisters of St Francis of Sarawak (SSFS) dan Sabah - Franciscan Sisters of the Immaculate Conception (FSIC) telah ditugaskan untuk melayani umat Kristian yang menetap dari Sabah dan Sarawak. Umat Kumpulan Bahasa Malaysia terdiri daripada mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak dan menetap di Diosis ini bersama keluarga. Walaupun mereka sudah lama menetap disini namun mereka tidak lupa akan kampung halaman. Berdasarkan statistik yang telah dibuat, hampir seratus ribu umat BMA di Diosis ini. Mereka menetap di kawasan Masai, Plentong, Skudai, Senai, Kulai, Kluang, Mersing, Melaka dan lain-lain. Sepanjang tahun, BMA cuba untuk menyatukan umat dan menyalurkan mereka pergi ke gereja yang berdekatan di tempat tinggal mereka.

Picture

Pada awal tahun 2010, tiga orang Franciscan sister dari Sabah dan Sarawak yang ditugaskan untuk melayani umat-umat BMA di Diosis ini. Mereka telah mengunjungi lebih dari satu ribu keluarga dari Sabah dan Sarawak yang menetap di Diosis ini dan memberi formasi kepada mereka. Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan untuk mereka adalah mengikut kategori-kategori umur. Kami telah menganjurkan seminar untuk kanak-kanak yang berumur 7 sehingga 12 tahun. Bagi para belia yang berumur 13 hingga 18 tahun formasi ”Kesedaran tentang Iman.” telah dianjurkan untuk mereka. Aktiviti-aktiviti ini biasanya diadakan semasa cuti sekolah. Ia bertujuan memberi pendedahkan kepada anak-anak ini tentang agama Katolik dan menguatkan iman mereka dalam Tuhan. Masa cuti sekolah mereka juga terisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti ini.

Selain daripada itu, kursus konvalidasi bagi pasangan yang telah melangsungkan perkahwinan dan juga pra-perkahwinan dianjurkan 5 kali setahun. Memandangkan kebanyakkan pasangan yang belum menerima pemberkatan perkahwinan dalam gereja maka kami telah menganjurkan kursus ini untuk pasangan tersebut. Tujuan konvalidasi dan pra perkahwinan ini adalah supaya pasangan dapat menjalani kehidupan seharian yang berlandaskan agama Katolik

PictureTerdapat juga anak-anak mereka yang belum lagi menerima Sakramen Pembaptisan. Oleh itu, kami mengalakkan ibubapa supaya membawa anak-anak mereka ke gereja supaya mereka terdedah dengan perjalanan missa kudus. Kami juga memberi seminar kepada ibubapa tentang iman katolik dan tanggungjawab sebagai ibubapa untuk membaptiskan anak mereka. Setiap gereja yang mengadakan Misa dalam Bahasa Malaysia, kami akan mengalakan setiap keluarga untuk melibatkan diri dalam gereja masing-masing. Setiap keluarga digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti gereja seperti koir, menjadi pembaca atau pelayan altar dan lain-lain. Di Diosis Johor-Melaka ini, Komuniti Bahasa Malaysia ini meningkat jumlahnya setiap tahun terutama umat yang menghadiri kelas IKD. Setiap tahun komuniti Bahasa Malaysia menerima Sakramen Pembaptisan lebih banyak dari Apostolik lain.

Untuk golongan yang telah berkeluarga pula, kami telah mengadakan Seminar Keluarga. Ia diadakan setiap tahun dan bertujuan memberi kesedaran pentingnya keluarga yang berpusat pada Kristus. BMA memfokuskan kepada Keluarga sebab keluarga adalah tunggak dan benteng gereja untuk terus melayani Kristus dan menyebarkan sabda-Nya ke serata dunia. Keluarga yang bahagia melambangkan cinta kasih Kristus kepada umatnya. Melalui cinta kasih inilah akan lahir anak-anak yang akan menjadi generasi yang beriman untuk menyebarkan lagi firman Tuhan kepada umat lain.

Memandangkan jumlah komuniti Bahasa Malaysia semakin meningkat setiap tahun terutama kelas IKD, kami menghadapi beberapa masalah. Masalah yang dihadapi oleh kumpulan Bahasa Malaysia ini ialah kekurangan guru agama untuk mengajar ataupun melibatkan diri dalam kelas minggu ini. Oleh itu, komuniti Bahasa Malaysia memerlukan bantuan sukarelawan dari umat untuk lebih komited menjadi saksi Kristus dan terus menyebarkan sabda-Nya kepada yang memerlukan. Bantuan dan kerjasama daripada umat ini dapat memperkukuh dan memperkembangkan kesaksian Kritus kepada mereka yang masih belum mengenali Tuhan.

Selain daripada itu, kami mendapati ramai umat yang masih belum mengenali dan pengetahuan tentang agama masih lagi cetek. Masalah kekeluargaan juga kerap dihadapi oleh mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, kami akan mengunjungi keluarga ini dan memberi kaunseling serta sokongan untuk membina hidup yang berlandaskan agama. Jika dilihat dari mata kasar, masih ada yang terumbang ambing dalam kehidupan berkeluarga ini. Mereka belum mengerti dan faham makna sebenar kehidupan berkeluarga. Keluarga yang tidak utuh ini akan memberi kesan kepada anak-anak mereka. Oleh itu, amat penting untuk setiap pasangan menghadiri kursus pra perkahwinan dan konvidasi untuk mengukuhkan lagi mentaliti mereka tentang kasih sayang Tuhan dalam sebuah keluarga.

PictureKami amat berharap mendapat sokongan dan kerjasama semua umat di Diosis ini untuk sama-sama menyebarkan Firman Tuhan kepada yang memerlukan. Semoga dengan kuasa dan cintakasih Kristus, kami dapat melayani umat di Diosis Melaka-Johor ini dengan baik dan memper-kukuhkan lagi institusi kekeluargaan yang berlandaskan agama Katolik.

 

Sr Susan Dulang, SSFS
Ketua Kerasulan Bahasa Malaysia

 

Pewakil Uskup/Ketua
:

Rev. Neville Arul Sinnappah

Penolong :

Sr. Susan Dulang, SSFS

   

Sr. Maria Magdalena Kopong, FSIC (Karismatik)

   

Sr. Jaslia Ramut, FSIC (KED, Katekatikal)

Pengerusi :

Dr. Helen Tan