Surat Pastoral daripada CBC Malaysia - 26 September 2018

ENGLISH | BAHASA MALAYSIA

Saudara-saudari dalam Kristus,

Menurut tradisi Gereja Katolik bulan Oktober adalah bulan mendoakan doa Rosari. Ketika  mendoakan doa Rosari bersama dalam keluarga, komuniti, KKD atau secara peribadi marilah kita berdoa bersama Gereja sejagat membawa dalam doa intensi-intensi Bapa Suci, Francis. “Jika satu anggota tubuh menanggung penderitaan, semua anggota lain menanggung  penderitaan juga” (1 Kor. 12:26).

Bapa Suci Francis mengajak semua Umat Katolik seluruh dunia supaya berdoa, berpuasa dan melakukan reparation  (pelunasan dosa) kerana dosa-dosa yang dilakukan oleh golongan Paderi yang sangat menyakiti Gereja dan misinya.

Gereja kita di Malaysia adalah sebahagian daripada Gereja Sejagat, Tubuh Krisus, dan sedang turut menderita bersama dengan mangsa-mangsa perbuatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir golongan Paderi. Marilah sama-sama kita berdoa kepada Bonda Maria, Ibu kita dan Ibu Gereja sepanjang bulan Rosari ini untuk pemurnian, penyembuhan dan pembaharuan Gereja Katolik di seluruh dunia, bermula dalam Keluarga, Komuniti, Paroki dan Keuskupan kita sendiri. Misa Kudus pada hari Jumaat 26 Oktober 2018 akan datang akan dirayakan untuk intensi ini.

Bentuk tobat (penance atau sogit) yang lain sepanjang bulan Rosari ini termasuklah adorasi secara peribadi, amal bakti, memberi sedekah, berkorban dan amalan-amalan kasih adalah juga digalakkan. Marilah kita sama-sama memohon belas kasihan Tuhan terhadap Gereja dan dunia.

Kami Uskup-Uskup Malaysia dengan rendah hati mengajak saudara-saudari dalam Kristus bersatu dalam doa sepanjang bulan Rosari ini.

 

+    Archbishop Julian Leow, Kuala Lumpur
+    Archbishop Simon Poh, Kuching
+    Archbishop Datuk John Wong, Kota Kinabalu
+    Bishop Datuk Cornelius Piong, Keningau
+    Bishop Datuk Julius Dusin, Sandakan
+    Bishop Bernard Paul, Melaka-Johor
+    Bishop Sebastian Francis, Penang
+    Bishop Richard Ng, Miri
+    Bishop Joseph Hii, Sibu