PROGRAM AMAL (Pekeliling Uskup BP/2018/016)

ENGLISH | CHINESE | TAMIL

Kepada semua Paderi, Diakon, Religius dan Umat Katolik di Keuskupan Melaka Johor,

PROGRAM AMAL pada Sabtu, 7hb Julai 2018 di Kelab Golf & Country Ponderosa

Kasih, Damai dan Kegembiraan Kristus yang telah Bangkit bersertamu!  Alleluia!

Setiap kali Paska kita mengagihkan telur-telur Paska kepada semua orang dan kita mengucapkan “Selamat Paska!” antara satu sama lain. Ini akan menjadi suatu isyarat kosong jika kehidupan baru Kristus ini tidak ditawarkan dan dikongsikan bersama orang lain, terutamanya yang bukan-Kristian. Dunia perlukan Kristus kerana Kristus membawa Kasih, Damai dan Kegembiraan yang benar ke dalam dunia. 

Jika tiada Kasih, akan ada kemarahan dan kebencian.
Jika tiada Damai, akan ada ketakutan.
Jika tiada Kegembiraan, akan ada kesedihan dan putus asa.

Maka, Keuskupan kita akan menganjurkan program amal gabungan bersama Kelab Golf & Country Ponderosa di bawah kelolaan Komisi Evangelikal Keuskupan (Diocesan Evangelical Commission) yang diketuai oleh Fr. Moses Yap, OFM dan diselaraskan bersama oleh jawatankuasa Konsert Evangelikal yang diketuai oleh Christine Honey Lee.

MATLAMAT:

  1. Untuk memupuk semangat kekeluargaan dan cara hidup sihat melalui aktiviti riadah.
  2. Bagi mereka yang bukan-Kristian agar mereka turut merasai kasih, damai dan kegembiraan Kristus melalui komuniti Kristian dan membangunkan minat yang lebih kuat pada Kristus.
  3. Membenarkan hati kita merawati mereka yang miskin dan kesepian dalam Kristus dengan mengumpul RM100,000.00 untuk:
    1. Persatuan Kebajikan Sinar Harapan (Hope Garden Autism Home) di Johor Bahru;
    2. Rumah Warga Emas Graceville di Plentong, Masai; dan
    3. Rumah Kanak-Kanak Berkat di Johor Bahru.

Acara-acara:

BHG. 1: 

Berjalan Untuk Perpaduan (Walk For Unity)” – Berjalan sejauh 4km Riang-ria Bersama Keluarga di Ponderosa GCC, JB. Masa: 7.30pg-9.30pg.
Tiket berharga RM30.00 [Dewasa], RM20.00 [Kanak-kanak 7-13], Percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.
SASARAN: 2,000 peserta.
Jualan Karnival / Jualan Makanan / Pertandingan Mewarna Kanak-kanak.
Masa: 7.30pagi-12tgh.

BHG. 2:

“Makan Malam Amal” – Masa: 7.00mlm-9.00mlm. Tempat: Ponderosa GCC, JB.
Tiket berharga RM150.00 seorang atau RM1,500.00 semeja.
Para tetamu akan dihidangkan dengan pelbagai persembahan menarik.
Mempersembahkan Pameran Seni oleh kanak-kanak dari Hope Garden Autism Home dan seorang pelukis Korea mulai pukul 6.00petang.


Apa yang ANDA boleh bantu?

  1. Sebagai Paderi Paroki/Pentadbir/Setiausaha Paroki/Kerani:
    • Paderi Paroki Johor Selatan harus menggalakkan semua pelayanan/kerasulan paroki untuk MENGAMBIL BAHAGIAN SECARA AKTIF di dalam acara tersebut dan membuat pengumuman semasa misa mulai 21 April sehingga 5 Julai 2018.
    • Untuk membenarkan sepanduk/poster didirikan di premis gereja dan membuat pengumuman dalam buletin mulai 21 April sehingga 5 Julai 2018.
    • Pejabat Paroki Johor Selatan untuk membantu dalam mengumpul pendaftaran dan mengumpul dana mulai 21 April sehingga 5 Julai 2018.
  2. Sebagai Umat/Individu/Kumpulan:
    • Untuk MENGAMBIL BAHAGIAN dan menggalakkan orang lain (Kristian dan bukan-Kristian) mengambil bahagian dalam acara-acara di atas.
    • Untuk MEMBANTU mendapatkan tajaan, derma, sumbangan yang serupa, dan lain-lain.
    • Secara sukarela dalam mempromosikan Berjalan Riang-ria Bersama Keluarga di gereja-gereja mereka selepas setiap misa mulai 21 April sehingga 5 Julai 2018.

Saya MERAYU kepada anda semua untuk BERDOA dan terlibat dalam PENYERTAAN AKTIF dalam usaha Acara Amal gabungan di antara Gereja Katolik di Selatan Johor dan Ponderosa GCC di Johor Bahru, kerana melalui TINDAKAN KONKRIT KITA yang menjadikan KRISTUS Benar dan Hidup untuk orang lain.

Untuk butiran dan pertanyaan lanjut, sila hubungi ahli-ahli jawatankuasa berikut:

1. Ms. Christine Honey Lee 010-6644888
2. Ms. Patricia Ong 012-7230363
3. Mr. Christopher Liew 012-7288126
4. Ms. Michelle Ng 010-2486136
5. Ms. Frances Oh 011-21781536
6. Mr. Lawrence Law 019-7728873

Terima kasih.

Bersama Membangun Kerajaan-Nya,

+ Rt. Rev. Bernard Paul, DD

Uskup Keuskupan Melaka Johor

MUAT TURUN: Borang Penyertaan Berjalan Untuk Perpaduan

Berjalan Untuk Perpaduan Bishop's Circular BP/2018/016 Bishop's Circular BP/2018/016